Saturday, September 22, 2012

Lebih baik syaitan yang dikenali?!

Semalam pada 21hb. September 2012, niat asal nak gi solat Juma'at di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah di UIA Gombak tetapi memandangkan keluar dari rumah lambat, maka terpaksalah gak pergi bersolat di masjid yang berhampiran dengan rumah iaitu Masjid Al-Sharif di Kampung Simpang Tiga, Gombak. Ikutkan hati tak berkenan sebenarnya nak pergi solat Juma'at kat masjid ni sebab khatibnya berubah-rubah mengikut fahaman politik menyebabkan setiap isi khutbah divariasikan dengan elemen mengutuk, merendah-rendahkan negara & paling terasa hati bila doa khatib hanya untuk rakyat serta 'tanahair' Selangor, yang datang merantau hanya boleh dengar & aminkan jer (tak baik la kalau tak aminkan, depa pun hamba Allah gak yang sedang mencari keredhaan Allah... yang penting hati kita, biar niat sentiasa baik). Bagi yang jenis mudah mengantuk tu atau boleh berangan ke lain masa khatib baca khutbah, wallahualam... Saya ni takleh, memang sejak kecik dah terdidik bila khutbah jer kena dengar, kalau tak, solat Juma'at hancusss! Sebab tu saya senang bersolat di masjid UIA sebab semua khatib berkhutbah mengikut landasan sunnah & Al-Quran bagi membangkitkan perpaduan ummah serta memotivasi umat Islam ke arah yang lebih baik untuk keamanan dunia demi akhirat.  Jadi bila dengar takderlah kita cam tertampan menduga "La... mengata dah dia."
 
بسم الله الرحمن الرحيم
 
مُنِيبِينَ إِلَيْهِ وَاتَّقُوهُ وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَلَا تَكُونُوا مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna; dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik

مِنَ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا ۖ كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ
Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman ugama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya (dari fahaman dan amalan yang terpesong itu).

(Surah Ar-Rum; 31-32)
 

p/s: Cuma pernahlah sekali (pengalaman saya) kat masjid UIA di semestar lepas, ada seorang khatib ni (kerajaan negeri hantar la kot sebab memang 100% berbahasa Melayu & khusus tentang kerajaan negeri) berkhutbah tentang keuntungan zakat negeri yang berjaya dikutip. Yakni khutbah yang sama pernah saya dengar beberapa bulan lampau di masjid Al-Ehsan, Bandar Kinrara semasa menetap di Bukit Jalil (cuma mungkin nilai keuntungan zakat jer berubah tapi teks ucapan semua lebih kurang sama, takleh lupalah!). Walau bagaimanapun tahun ni saya bayar zakat dengan Zakat Selangor (bayar kat mana yang dekat la, asalkan dah laksana tanggungjawab... insya-Allah).

Baiklah, berbalik kepada khutbah di Masjid Al-Sharif semalam, kalau ikutkan hati saya tak kuasa nak kongsi kes ni sebab pandai-pandai sendirilah fikir bagi siapa yang dengar khutbah tu. Tetapi saya dianugerahkan Allah bakat menulis, bila tak tertulis maka kerja lain cam berat jer nak buat (sebab hati melodak ingin mencatat di blog!). Mungkin ada hikmahnya Allah gerakkan saya bersolat di masjid tersebut semalam.

Khatib yang naik ke mimbar semalam adalah seorang anak muda & bagusnya kali ini tak cam kebanyakan khatib sebelumnya, dia membaca mengikut teks. Jadi selamatlah daripada tersalah kait ayat sampai menimbulkan bid'ah tak sengaja. Kita manusia adakalanya mudah tersasul bila bercakap spontan, apatah lagi bila dibelenggu rasa marah. 

Memang menarik khutbah semalam sebab mendedahkan tentang ajaran sesat 'Juruzon' yang pertama kali saya dengar. Teks khutbah tersebut telah disediakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor/JAIS yang mendedahkan penemuan terbaru ajaran ni di Madrasah At Taqwa, Hulu Langat Selangor yang sebelum ni terkenal dengan kes tragedi tanah runtuh pada 21 Mei 2011 hingga mengorbankan 16 orang (termasuk anak-anak yatim).Teks penuh ucapan tersebut boleh didapati di SINI (<<--- sila klik).

Foto anak-anak Madrasah At Taqwa yang diambil beberapa ketika sebelum tragedi menimpa (menurut sumber: http://www.saifulazrul.net/v1/?tag=madrasah-at-taqwa)
Walaupun secara tersuratnya, isi khutbah ni secara tidak langsung menyiratkan bala yang menimpa madrasah & mengorbankan anak-anak yatim ini adalah amaran Allah, tetapi penekanan saya ialah kepada isi ucapan yang tidak terkandung dalam khutbah tersebut tetapi sengaja diselitkan oleh khatib dalam salah satu fasal langkah-langkah menjaga akidah. Khatib dengan sengaja (lebih kurang) menyebut... 

"Seperti ada la sorang tu yang pandai-pandai kata 'lebih baik syaitan yang kita kenal daripada malaikat yang kita tak kenal'. Suruh dia fahamkan dulu maksud surah Yassin."

Saya sudah maklumlah siapa 'dia' yang dimaksudkan oleh khatib (time tu saya terus geleng kepala & tersenyum sendiri lalu mengucap "astaghafirullah..."). Memandangkan saya ni pantang kalau khutbah berbaur politik (lagi-lagi bila sengaja nak merendahkan orang lain), jadi dengan rasa tak puashati saya balik ke rumah & buat penyelidikan sendiri; betulkah orang yang dimaksudkan berkata dengan niatnya memang tepat-tepat begitu atau sekadar niat berkias? Maka terjumpalah youtube ni...


Beliau berkata:
"People call us the devil, but we are the devil that people know. They are the angels that people don't know, but angels also can do a lot of wrong things."

Terjemahannya:

"Diorang panggil kita syaitan, tapi kita syaitan yang orang kenal. Diorang malaikat yang orang yang tak tau, tapi malaikat jugak boleh buat banyak kesalahan."
Jadi kesimpulan pada pandangan saya taktaulah dari mana datangnya perspektif mengatakan beliau menyebut ungkapan barat sebab terang-terang di sini beliau hanya mengulas pertuduhan orang mengatakan dia syaitan & beliau membalas yang menuduh beliau itu malaikat, namun menjelaskan tidak semua malaikat itu lolos daripada melakukan kesalahan. Kalau dispesifikasikan maksud kata-kata beliau di sini, jelas niat pertuturan beliau langsung tidak menjurus kepada ungkapan barat tersebut, cuma secara kebetulan berkait rapat dengan... 

"Better the devil you know (than the devil you don't)" 

Tapi biasalah, ada jenis manusia nak menagih kepercayaan orang kenalah putar belitkan kenyataan orang lain, bak kata beliau lagi...
"I can assure you that if they haven't win, they will make sure that they will continue to win by HOOK or by CROOK."

Terjemahannya:

"Saya boleh yakinkan kamu jika diorang tak menang, diorang akan pastikan diorang akan terus menang dengan segala daya upaya." 

Merujuk kepada ucapan beliau, yang memang jelas dipetik dari ungkapan barat ialah 'BY HOOK OR BY CROOK'.

Persoalan seterusnya, apakah yang khatib itu cuba maksudkan bila suruh rujuk surah Yasin untuk dikaitkan dengan ungkapan tersebut? Apa kaitan surah tersebut dengan kejadian syaitan & malaikat selain ia merupakan surah yang memberi peringatan kepada umat manusia akan kematian, kiamat & hari pengadilan. Wallahualam...

Kesimpulannya, meh la kita renungkan firman Allah dalam surah ini:

بسم الله الرحمن الرحيم

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia,

مَلِكِ النَّاسِ
Yang Menguasai sekalian manusia,
 
إِلَٰهِ النَّاسِ
 Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,

مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ
Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam,

الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ
Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, 

مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ
(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia."

Surah An-Nas (114; 1-6)
 



No comments:

Post a Comment