Wednesday, February 1, 2012

SOULMATE... FIKIRKAN YANG TERAKHIR

Pengajaran pertama yang anda perlu belajar, selepas berpisah dengan kekasih awal, jangan sesekali katakan dia yang terakhir. Pengajaran kedua ialah selepas itu jangan berharap mencari teman hidup mengikut kriteria yang sudah ditetapkan atau lebih kurang begitu. Ketiga jangan lupa melihat ke dalam mata insan yang anda rasa anda cintai—pastikan ia cinta atau kasihan. Keempat sentiasa bersiap sedia bahawa sehati sejiwa (SOULMATE) anda mungkin bukan yang anda jangkakan.

Jika hanya seorang di dunia ini yang boleh jadi SOULMATE anda, apakah peluang yang dia tinggal sama kawasan dengan anda, persis insan yang membesar bersama atau bercakap bahasa yang sama?

SOULMATE anda tidak semestinya tinggal di negara atau dalam hemisfera yang sama, juga tidak perlu mengelilingi dunia untuk cinta sejati, tetapi anda mesti sentiasa menerima orang lain dengan latar belakang yang berbeza.

Juga, jika anda berharap SOULMATE anda hadir dalam cinta pandang pertama, anda mungkin tidak akan temui apa yang anda cari kerana mungkin saat ia berlaku adalah saat anda menafikannya. Kerana dunia sekarang begitu realistik, jadi sentiasalah berfikiran terbuka. Sebahagian daripada nilai romantis memiliki seorang SOULMATE ialah perlu sentiasa senang dengan kejutan.

Bila minda anda sudah mengfantasikan keindahan serta keistimewaan SOULMATE impian, ciri² tersebut mudah untuk dilihat daripada sesiapa sahaja yang anda kenali. Malangnya, penilaian tidak realistik boleh memusnahkan perhubungan dan bisa membuatkan SOULMATE menjauhkan diri.

Siapa pun yang anda rasa adalah SOULMATE anda, hargai sifat individu dan kepercayaannya. Dia tidak perlu mengubah siapa dirinya untuk anda, seperti anda tidak perlu berubah untuknya. Itu tidak bermaksud anda tidak boleh mendorong dia untuk mencuba sesuatu yang baru atau membantu dia dewasa sebagai seorang insan. Cuma jangan paksa dia untuk perkara yang dia tidak selesa.

Daripada anda menunggu SOULMATE untuk muncul, persiapkan diri untuk insan yang anda ingin cari. Berusaha untuk menjadi individu unik yang anda harapkan. Seperti anda yang ingin melihat SOULMATE anda selesa menjadi dirinya, anda juga perlu berusaha menjadi diri sendiri. Anda berpeluang besar menjadi terserlah jika anda selesa, yakin dan bahagia menjadi diri sendiri. Meluahkan sifat individu anda adalah cara paling intim boleh anda lakukan untuk mengiklankan potensi SOULMATE anda. Bukan sahaja anda menyerlah, malah anda juga akan melakukan perkara² yang akan merapatkan lagi jurang pemisah di antara anda berdua yang mungkin juga ada minat dan matlamat yang sama.

Hidup tidak semestinya berfungsi mengikut seperti yang anda rancang. SOULMATE anda mungkin hadir ketika anda berusia 8 atau 80 tahun. Jangan terkejut jika terdapat juga perbezaan umur yang ketara diantara anda berdua. Ya, anda mungkin berharap menghabis seumur majoriti hidup anda dengan SOULMATE—mungkin beli rumah, berkahwin, bina keluarga—namun tidak semua yang dirancang boleh berlaku. SOULMATE anda akan mewarnai dunia anda tidak kira apa pun usia anda, jadi jangan terburu-buru atau anda mungkin berakhir dengan memaksa orang yang salah ke dalam kotak SOULMATE, yang mungkin menyebabkan penderitaan kepada sesiapa yang terlibat.

Berlawanan dengan apa yang media cuba yakinkan, temui SOULMATE tidak menjamin 'kebahagiaan berpanjangan'. Banyak perkara tidak akan jadi mudah dan kenyataannya ia mungkin bakal menjadi lebih sukar. Pokok pangkalnya, SOULMATE adalah seseorang dengan siapa anda ingin dewasa, dan satu-satunya cara untuk dewasa bersama ialah beriringan menghadapi cabaran.

Jadi jika anda meletakkan jiwa dan raga ke dalam sesuatu perhubungan, kekal dengannya dalam susah dan senang, walau bila anda mempersoalkan adakah ini takdir, anda mungkin akan berpaling sedekad kemudian dan menyedari anda memang sudah bersamanya sepanjang waktu itu. Cinta sejati bersama SOULMATE tidak dewasa dengan sendirinya; ia bercambah dan harus berterusan dipelihara. Oleh itu cintailah dan sanggup mencintai seperti esok tiada lagi.

Anda akan tahu dia adalah SOULMATE anda apabila saat² anda cuba melarikan diri daripadanya adalah saat² anda merasakan andalah segalanya. Namun bila saat dia tewas lalu merelakan pemergian anda untuk sekali sahaja, maka itulah saat anda merasakan kemenangan untuk bebas adalah kekalahan anda untuk minta terus dijerat lagi.

"... dan saya akui, tidak ingin bebas lagi."

Rujukan terjemahan:
http://www.wikihow.com/Find-Your-Soulmate

ERTI SEBENAR KESEIMBANGAN AKAL DAN FIZIKAL

[P/S: Ini merupakan terjemahan saya daripada novel 'The Mute's Soliloquy: A Memoir' oleh Pramoedya Ananta Toer, bab 'A Home To Live In (A Letter for Astuti)' untuk dikongsi bersama. Sesungguhnya novel ini memberi banyak impak & intrig kepada saya sebagai seorang penulis. Potongan ayat-ayat berikut saya petik buat tatapan anda kerana ia merupakan peringatan yang sangat berguna daripada seorang penulis berpengalaman yang menulis kerana jiwa beliau seorang penulis, bukan demi kemewahan tetapi tanggung jawab membahagiakan diri. Semoga ia menjadi iktibar buat kita yang suka melalaikan sukan diusia kecil & fikir hanya makanan memainkan peranan untuk pemikiran yang sihat. Jika yang cacat pun tahu bersukan inikan pula kita yang azalinya sihat namun derita kerana kelemahan diri dan mental!]

(Page 218; paragraph 2)
"Your teacher said that you'll be a success, and with that I completely agree. In a free Indonesia, success is promised to each and every child who works and studies hard, who is able to learn from experience, who has ideals, and who is brave and honest."
— Pramoedya Ananta Toer (A Letter for Astuti)

Terjemahan petikan di atas:
"Guru kepada anakanda pernah menyebut yang anakanda akan berjaya, dan dengan itu ayahanda bersetuju. Dalam Indonesia yang merdeka, kejayaan dijanjikan kepada setiap anak-anak yang gigih belajar dan bekerja, mampu menimba pengalaman, yang ideal, dan berani serta jujur."

(Page 218; paragraph 4):
KESEIMBANGAN ANGGOTA TUBUH DEMI AKAL
Seseorang itu perlu sihat untuk menjadi bijak, dan sukan elok untuk tujuan itu. Sukan mempromosi peredaran darah yang bagus, prasyarat untuk kesihatan fizikal. Namun bila kamu mengambil bahagian dalam sukan kamu mesti cuba untuk mencapai kesimbangan yang betul untuk latihan fizikal. Seseorang yang bekerja kuat tetapi hanya menggunakan anggota tubuh tertentu akan menderita kerana tidak menggunakan anggota yang lain. Sukan memberi ketahanan dan fleksibiliti badan; tubuh yang kaku bagaikan ranting rapuh yang mudah patah bila dilentur. Ingat, hanya sedikit kelebihan menjadi bijak jika kesihatan fizikal lemah menghalang akal kita berkesudahan baik.

(Page 218; paragraph 5):
SUKAN DAN KEHIDUPAN
Terdapat kaitan diantara sukan dan kehidupan. Arah hidup seorang insan ditentukan oleh akal dan kekuatan. Kerana sukan memberi kamu peluang untuk memperbaiki kondisi tubuh dan minda, maka penglibatan aktif dalam sukan turut bermaksud mengekalkan dan memperbaiki keadaan mental dan fizikal. Sukan adalah senaman untuk badan dan minda.

(Page 218-219; paragraph 6):
YOGA DAN PERNAFASAN SEMPURNA
Orang India zaman dahulu kala fikir keadaan kesihatan manusia ditentukan oleh peredaran darah. Jika anggota tubuh tertentu sakit, itu berpunca daripada peredaran darah yang lemah. Mereka juga menegaskan pernafasan yang betul dan seimbang amat penting kepada kesihatan yang bagus; kerana inilah maka lahirnya yoga.

(Page 219; paragraph 7):
Objektif semua ini adalah apabila satu anggota tubuh tidak digunakan, kekuatannya bakal menyusut atau melemah.

(Page 219; paragraph 8):
Hubungan antara belajar dan sukan sangat penting, bukan sahaja untuk kesihatan yang baik dan pemikiran yang jelas, namun juga untuk keseimbangan antara kerja fizikal dan mental. Ketidak-seimbangan antara keduanya akan menyebabkan penyakit.

(Page 219; paragraph 9):
PUNCA UZUR YANG NYANYUK DAN BONGKOK TIGA
Ketika saya masih budak, saya selalu lihat orang tua sangat bongkok hingga terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan. Mereka itu jelas tidak pernah bersenam kita muda. Dan keuzuran ketika itu—ramai insan yang nyanyuk, bermaksud ketika di usia muda mereka tidak diasuh dengan betul untuk menggunakan memori mereka. Malah ketika itu, keuzuran seumpamanya banyak melanda golongan pertengahan usia. Kebanyakannya, juga, nampak gaya tidak mengamalkan kesimbangan yang betul.

SENYUMAN ITU SUKAN!
(Page 219; paragraph 10):

Terdapat sebahagian diantara kita menjadikan senyuman sebagai satu jenis sukan. Boleh tidak kamu bayangkan melatih diri untuk tersenyum? Saya bukan maksudkan senyuman yang spontan. Itu bukan senaman atau sukan. Manusia boleh melatih untuk tersenyum ketika bosan atau untuk tidur. Ini merupakan bentuk latihan kesedaran yang boleh membantu rilekskan saraf dan otot-otot. Seseorang mungkin boleh tidur bila dalam keadaan tertekan atau gelisah, namun dia tidak akan dapat rehat yang cukup. Untuk itu dia mesti bebas daripada tekanan dan senyuman boleh membantu. Senyuman mengamankan jiwa, dan membebaskan tekanan yang terkurung. Hasilnya sukan boleh membantu kita jadi optimis dan membebaskan jiwa daripada pesimisme (suka bersangka buruk).

[Nota: saya menggunakan kata ganti nama ayahanda dan anakanda kepada perspektif komunikasi umum untuk menyampaikan mesej yang jelas juga buat pembaca blog ini.]

AMARAN JELAS IPv6 KEPADA PARA PEMIMPIN PERNIAGAAN

Kurang daripada 10% alamat IPv4 kekal tidak teralokasi




[Brisbane, Australia – Rabu, 27hb. Januari 2010]

Segala organisasi yang menguruskan bisnes bergantung kepada Internet mempunyai masa terhad bertindak dan menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi. Yang tertangguh, mengalami risiko ketiadaan perkhidmatan-perkhidmatan untuk pengguna yang semakin bertambah.

The Number Resource Organization/NRO (Organisasi Sumber Nombor), wakil rasmi bagi lima Regional Internet Registeries/RIRs (Pendaftar Internet Kawasan) yang memantau alokasi semua sumber nombor Internet, baru-baru ini mengumumkan bahawa kurang daripada 10% alamat-alamat IPv4 (Internet Protocol version 4) kekal tidak teralokasi.

Alamat-alamat IP adalah nombor-nombor unik yang membantu mengenal-pasti peranti-peranti dan membolehkannya berkomunikasi atas satu rangkaian, atau di Internet. IPv4 adalah piawaian terkini untuk alamat-alamat tersebut.

"Kami sudah mencapai tanda paras rendah paling kritikal untuk alamat-alamat IP. Daripada 4.5 bilion alamat-alamat asal, kurang 400 juta tidak digunakan. Ini jelas tidak cukup untuk terus memangkin pertumbuhan Internet. Ini berdasarkan kepada bilangan telefon-telefon bimbit baru yang boleh guna Internet di tahun 2009." Jelas Mr. Geoff Huston, Ketua Saintis bagi Asia Pacific Network Information Centre/APNIC (Pusat Informasi Rangkaian Pasifik) dan pakar global penggunaan alamat-alamat IP.
APNIC akan terus mengalokasi alamat-alamat IPv4 kepada industri; bagaimanapun, ia mengjangkakan takungan pusat IANA (Internet Assigned Numbers Authority/Penguatkuasa Nombor-Nombor Sah Internet) akan mengering ketika akhir tahun 2011. Internet Service Providers/ISPs (Penyumbang Khidmat Internet) di wilayah Asia Pasifik masih boleh memiliki alamat-alamat IPv4 untuk beberapa bulan selepas itu sehingga takungan APNIC juga meletih.

"Industri ini sedang memperkatakan tentang transisi kepada versi protokol Internet yang baru dengan ruang alamat lebih besar untuk bertahun lamanya. Kini masa yang paling sesuai untuk bertindak lebih daripada bercakap, dan membentangkan Internet IPv6." Kata Mr. Geoff Huston.

Kemorosotan IPv4 menjadi kebimbangan utama APNIC dan komuniti teknikal dalam tahun 1990-an, ketika Internet mula-mula mengalami pertumbuhan dramatik. Hasilnya, protokol generasi akan datang (IPv6) mula dibina dengan lebih ruang alamat yang membolehkan Internet terus berkembang dan berinovasi. Secara praktikal, ISPs akhirnya akan dipaksa menghubungkan pengguna-pengguna baru dan pelanggan-pelanggan bisnes dengan alamat-alamat IPv6, yang mana tidak boleh akses isian tersimpan dalam peranti-peranti yang berhubung menggunakan alamat IPv4.

Mr. Paul Wilson, Pengarah Awam APNIC, memberi amaran "Mencapai ambang 10% jelas memberikan indikasi tanpa ragu kepada pemimpin-pemimpin perniagaan Asia Pasifik daripada semua sektor. Tanpa taksiran risiko dan perancangan, keletihan IPv4 menandakan ancaman nyata kepada pertumbuhan dan inovasi maya jangka panjang kesemua organisasi dalam wilayah."

"Ini kritikal bagi pemimpin-pemimpin industri menaksir risiko impak keletihan ini kepada perniagaan masing-masing agar mereka dapat menyesuaikan diri kepada kesan perubahan-perubahan tersebut, dan mengambil kelebihan potensi pertumbuhan IPv6. Menggunakan IPv6 membolehkan Internet terus berkembang berjuta kali daripada saiz sedia ada dalam aspek perhubungan antara peranti." Kata Mr. Paul Wilson lagi.

Jika semua organisasi ingin kekal bersaing dan mengukuhkan syer pasaran, pembuat keputusan utama seperti para Ketua Pegawai Eksekutif (Chief Executive Officers/CEOs) dan Ketua Pegawai Informasi (Chief Information Officers/CIOs) mesti analisis bagaimana operasi mereka, khususnya dalam khidmat penghantaran berterusan, akan memberi kesan untuk jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Ini bukanlah isu yang hanya memberi kesan kepada sektor ICT sahaja." Jelas Mr. Paul Wilson.

Ketika keletihan IPv4 menjadi kebimbangan global, wilayah Asia Pasifik menerima kesan unik kerana langkah pertumbuhan derasnya. Daripada 190.1 juta alamat-alamat IPv4 teralokasi di tahun 2009, hanya kurang separuh (45.87%) teraloksi di wilayah Asia Pasifik, dengan China menggunakan lebih alamat-alamat tersebut berbanding mana-mana ekonomi. Terdapat juga potensi yang masih belum dimanfaatkan bagi pertumbuhan dalam pasaran Internet tempatan, dengan sesetengah wilayah di Asia dikira memiliki kadar penetrasi jalur lebar serendah 15%.

APNIC menyeru pemimpin-pemimpin bisnes bertindak sekarang bagi memastikan akses isian online berterusan melalui IPv4 dan IPv6 (dwi-tingkatan), dimana pembekal, rakan-niaga, penjaja kelengkapan dan syarikat-syarikat pengusaha sokong Ipv6; dan para kakitangan cukup dilatih dengan IPv6.

"Apa yang pembuat-pembuat keputusan utama perlu sedar tanpa pengedaran berkelompok IPv6, perniagaan mereka akan memberi kesan kemerosotan IPv4. Kita sekarang sudah tiba di pentas kritikal tersebut, maka jika tidak bertindak sekarang, pasti akan terima kesan-kesannya. APNIC sudah menyediakan dan terus menyediakan bukti kemerosotan ini dan sumber-sumber bagi dimanfaatkan para organisasi." Nyata Mr. Paul Wilson.

APNIC mengumpul dan berhubung informasi daripada para organisasi yang telah menyebarkan IPv6 dan berkongsinya ke serantau wilayah. Informasi tersebut boleh diakses percuma melalui laman jaring APNIC, termasuk APstats (pangkalan statistik APNIC), http://icons.apnic.net/ipv6, dan pelbagai sajian.

Segala informasi ini boleh diakses melalui www.apnic.net/ipv6.

KOTA DENVER PUSAT PESTA SKI SALJI


DENVER (26hb. Januari 2010) — Para pengunjung ke Denver bulan ini mungkin akan terasa seperti sudah berada di pergunungan tanpa perlu memandu jauh apabila Mile High City menganjurkan 'World’s Largest Après Ski + Ride Party' pada 28hb. - 30hb. Januari 2010.

Lebih 60 bar, kelab dan restoren menjadi tuan rumah acara-acara yang bakal mengubahsuai kota Denver menjadi perkampungan ski terbesar dengan segala keseronokan meluncuri landai salji. Skyline Park di Denver pula menjadi lokasi siaran langsung TV Winter X-Games oleh ESPN terus dari Aspen, Colo., manakala para penduduk Denver dinasihatkan berpakaian mengikut konsep 'Wear Your Ski Gear to Work Day' pada 29hb. Januari 2010.

Acara ini direka khas bagi menyambut SnowSports Industries America (SIA) Snow Show, pameran dagangan sukan salji terbesar di dunia, di mana selepas 37 tahun berlangsung di Las Vegas ia kini berlangsung di Denver pada 28hb. - 31hb. Januari 2010 buat pertama kali untuk komitmen 11 tahun.

"Selama tiga hari, Denver akan hidup, makan dan bernafaskan sukan-sukan salji." Kata Richard Scharf, presiden & CEO VISIT DENVER, The Convention & Visitors Bureau (Biro Pelawat & Konvensyen). "Majoriti pusat peranginan ski Colorado telah ditempah sempena acara di kota Denver, dan akan berada di sana untuk mementaskan parti, mengedarkan tiket lif (Lift Ticket) dan hadiah."

Para pelawat boleh lepak dengan Aspen/Snowmass di Earl's Restaurant dan Paramount Cafe, seberang jalan dan melawat Steamboat di Hard Rock Café, mendengar muzik live dengan Telluride di Appaloosa Grill, naiki bas ulang-alik di 16th Street Mall ke parti dengan Winter Park di Wynkoop Brewing Company, atau menuruni jalan menyertai Vail & Beaver Creek di bumbung kafé Lodo's Bar & Grill. Selain tawaran-tawaran istimewa bar dan kelab bermula 28hb. - 30hb. Januari 2010, tidak ketinggalan penyertaan restoren-restoren terkemuka kota Denver yang menawarkan menu-menu istimewa bertemakan musim ski salji.

Sebagai tambahan, Ruby Hill Rail Yard, satu-satunya taman daerah luncur salji dan ski urban percuma, terletak betul-betul di luar pusat kota Denver. Rekaan Winter Park Resort dan Denver Parks & Recreation, laman rel membawa sukan pergunungan kepada belia di tengah bandar dan menawarkan lebih seekar daerah, enam rel dengan pelbagai sudut kesukaran dan pemakaian kelengkapan percuma Christy Sports.

Untuk maklumat lanjut dan senarai acara lengkap, sila layari http://www.denverapres.com/

'World’s Largest Après Ski + Ride Party' dibawakan oleh The Denver Post dan dianjurkan oleh VISIT DENVER, Biro Pelawat & Konvensyen, Colorado Ski Country U.S.A, Downtown Denver Partnership, dan City of Denver.

Stesen TV perdana Malaysia kini bimbit dengan NETBISCUITS


Media Prima mendirikan pangkalan jaring bimbit generasi baru untuk TV3 dan Gua

Singapura (25hb. Januari 2010) - NETBISCUITS, pelantar perisian jaring B2B terulung mencipta, mengoperasi dan memonetisasi laman-laman jaring bimbit, dan Media Prima Berhad, kumpulan pelaburan media integrasi terulung di Malaysia, hari ini mengumumkan realisasi kerjasama dua pangkalan jaring bimbit untuk TV3 (rangkaian TV tayangan-percuma terulung Malaysia) dan GUA ( pangkalan hiburan dan gaya hidup paling popular di Malaysia). Situs bimbit baru tersebut boleh diperolehi di mobile.tv3.com.my dan mobile.gua.com.my.

TV3 Mobile merupakan rangkaian televisyen bimbit nyata yang menyediakan aliran video siri-siri TV dan pelbagai program lain dengan peranti bimbit 3G. Komen-komen dimangkini pengguna dan informasi program terkini melengkapkan perkhidmatan tersebut. GUA Mobile menyediakan skop pelbagai kemeriahan terkini dunia hiburan tempatan dan antarabangsa. Selain berita-berita selebriti, pangkalan ini juga menawarkan tip-tip gaya hidup serta bimbingan berkaitan cinta dan perhubungan kepada para penggunanya.

Kedua-dua pangkalan tersebut dibina dan disebarkan dengan NETBISCUITS, pelantar penerbitan diiktiraf yang juga merupakan dasar 8TV Mobile, juga situs lain TV bimbit yang pernah dilancarkan oleh Media Prima tahun lalu. Kesemua situs bimbit itu membawa isian kaya media dalam peranti-peranti mobil tersebut ke semua pembawa di Malaysia, Singapura dan negara-negara dalam liputannya. Para pengguna memiliki akses ke pangkalan-pangkalan tersebut via UMTS dan juga WiFi.

"Pengalaman kami dengan 8TV Mobile membuktikan NETBISCUITS adalah rakan-kongsi tepat untuk membimbitkan pelbagai properti kami." Kata Paul Moss, Pengurus Awam bahagian Pelantar, Teknologi dan Bisnes Baru di Alt Media Sdn. Bhd. (pegangan digital Media Prima Berhad). "Pelantar penerbitan jaring bimbit NETBISCUITS menyediakan persembahan kelas A untuk isian aliran video dengan berian output berkualiti tinggi ke semua peranti mobil yang relevan dalam wilayah APAC."

"Kami bangga dapat mengembangkan kerjasama dengan Media Prima." Jelas Joerg Krahnert, Pengarah Urusan APAC NETBISCUITS di Singapura. "Isian aliran video sememangnya akan menjadi salah satu pemangkin utama trafik untuk perkhidmatan-perkhidmatan media bimbit. Menambah hak strategi-strategi periklanan bimbit dan teknologi-teknologi kepada adunan akhir pembukaan tapak kewangan kukuh datangnya daripada saluran bimbit."

Profil NETBISCUITS
Pengoperasi dunia terulung pelantar perisian jaring B2B untuk rekaan, operasi dan monetisasi laman-laman jaring bimbit. Antara pelanggan ialah Yahoo dan eBay, syarikat-syarikat media seperti MTV, TV3 Malaysia dan RTL serta agensi-agensi antarabangsa seperti Ogilvy, Razorfish dan Isobar. NETBISCUITS secara global membawakan lebih 1.5 bilion paparan muka bimbit setiap bulan. Ditubuhkan pada tahun 2000, syarikat ini memiliki sejumlah 85 orang kakitangan di Jerman, USA dan Singapura.

Pelantar NETBISCUITS diiktiraf ini boleh diperolehi sebagai perkhidmatan perisian berasaskan jaring. Segala perkakasan, perantara-muka dan teknologi-teknologi mesra-bimbit disediakan di http://www.netbiscuits.com/ untuk bina, terbit, monitor dan monetasi perkhidmatan-perkhidmatan jaring bimbit profesional. Justeru syarikat-syarikat media, pedagang, peniaga, pemilik jenama, pembina dan penyedia-khidmat mencapai satu tapak profit terpantas daripada program-program bimbit Internet dengan menggunakan NETBISCUITS.

Di tahun 2009, NETBISCUITS telah memenangi anugerah layak antarabangsa ME Award untuk 'Pelantar Penerbitan Jaring Terbaik' (Best Mobile Publishing Platform), syarikatnya tersenarai sebagai '50 Teknologi Terpantas Deloitte' (Deloitte Technologi Fast 50) dan pasukan pengurusannya adalah antara finalis Ernst & Young 'Usahawan Tahunan' (Entrepreneur of the Year).
Sumber Laporan: NETBISCUITS

2010: IPv4 vs. IPv6

Brisbane, Australia — Rabu (20hb. Januari 2010)

Pulihnya sektor ICT Asia Pasifik dan kadar pelaburan tinggi bagi peranti-peranti bimbit secara global adalah dua faktor terunggul dalam alokasi alamat IP di tahun 2009, menurut laporan terbaru.

'2009 in Review - the IP Address Registry Perspective' (Reviu 2009 - Perspektif Pendaftaran Alamat IP') adalah laporan terbaru daripada Mr. Geoff Huston, Ketua Saintis di Asia Pacific Network Information Centre/APNIC (Pusat Informasi Rangkaian Asia Pasifik), pendaftar alamat IP untuk kawasan Asia Pasifik.

Berpandu kepada angka yang dilancarkan, 2009 adalah tahun dinamik bagi sejumlah sumber Internet disebalik kemorosotan ekonomi global ketika itu. Kunci blok-blok pembinaan Internet, alamat-alamat Internet Protocol/IP, menyumbang tanda gaya pertumbuhan Internet dan kematangan rangkaian dalam sesuatu ekonomi.

Mr. Geoff Huston, pakar penggunaan alamat IP yang diperakui seluruh dunia menjelaskan biarpun kepenggunaan alamat tersebut turun sebanyak 5% pada tahun 2008, lanjutan terkini menunjukkan takungan alamat-alamat IPv4 tidak teralokasi di pusat IANA (Internet Assigned Numbers Authority/Penguatkuasa Nombor-Nombor Sah Internet) mungkin meletih seawal lewat tahun depan, menunjukkan keinginan berterusan untuk pengedaran berkelompok IPv6.

"Perkhidmatan-perkhidmatan baru Internet — samada wayar atau wayarles — memerlukan alamat-alamat IP, dan melihat kepada berapa banyak alamat sudah dialokasi dan kepada ekonomi yang mana, boleh menyumbangkan perspektif kedudukan dan kepantasan perkembangan Internet tersebut." menurut Mr. Huston.

Persembahan alokasi-alokasi baru di tahun 2009 mewakili persamaan kira-kira 5% sejumlah ruang tersedia bagi alamat IPv4.

"Biasanya, berita keletihan alamat-alamat yang mendatang boleh memotivasi seolah satu bentuk keributan alamat-alamat di saat akhir. Setakat ini ia masih tidak kelihatan. Industri bersikap tenang dan boleh diandaikan dalam batas tuntutan-tuntutan alamat." Jelas Mr. Huston.

Dalam 190.1 juta alamat IPv4 dialokasi pada tahun tersebut, hanya bawah separuh (45.87%) dialokasi dalam Asia Pasifik, dengan China menggunakan lebih alamat IPv4 berbanding sektor ekonomi lain.

"Hampir suku daripada alamat ruang alamat dialokasi pada tahun 2009 pergi ke China," jelas Mr. Huston lagi. "Ini menunjukkan persamaan berkembangnya perkhidmatan jalur lebar dan wayarles yang diterajui oleh pengoperasi utama bimbit dan telko di sana."

Internet Bimbit
Dalam pasaran matang yang sudah tersedia pelaburan tinggi jalur lebar di rumah, peranti bimbit Internet masih mengisi pertumbuhan berterusan.

"USA mengalokasi 38 juta alamat pada tahun 2009," kata Mr. Huston. "Memandangkan ia sudah sedia terhubung, dengan perkadaran 74% populasi sudah menggunakan perkhidmatan Inertnet, penggunaan berterusan alamat-alamat IPv4 berpunca kepada pasaran-pasaran baru muncul di sana," katanya lagi.

Pasaran-pasaran baru muncul ini didapati diterajui oleh perkhidmatan Internet bimbit, dinaungi teknologi-teknologi seperti iPhone daripada Apple dan pelantar-pelantar Android daripada Google.

Gambaran yang sama pertumbuhan kukuh perkhidmatan Internet bimbit terbukti di Australia (2.6 juta alamat baru IPv4 di tahun 2009), Kanada (2 juta) dan di Netherlands (2 juta), kesemuanya memiliki pasaran wayar matang jalur lebar dengan 70% - 85% populasinya adalah pengguna Internet.

Alokasi Alamat IPv6
Dengan hampirnya keletihan IPv4 dalam tempoh sedikit masa lagi seperti 18 bulan, pertambahan alokasi protokol alamat baru, IPv6 mula meningkat.

Memandangkan saiz ruang alamat IPv6, gaya kini diambil daripada bilangan alokasi berbanding ruang alamat yang dialokasikan. Dalam kawasan Asia Pasifik, Australia dan Jepun menunjukkan tahap aktiviti paling tinggi di tahun 2009. Australia menerima 52 alokasi IPv6 baru berbanding 32 di Jepun.

"Pesanan kepenggunaan berkelompok IPv6 telah tersebar luas, dengan pertumbuhan ekonomi global kini dan pegangan sumber IPv6 bertambah kepada 17%." Menurut Mr. Huston.

Ekonomi-ekonomi tempatan dengan alokasi-alokasi alamat IPv6 buat pertama kali di tahun 2009 termasuklah Brunei, Kepulauan Cook, Micronesia, New Caledonia, Samoa, Kepulauan Solomon, Tonga dan Vanuatu.

Masa Hadapan
"Internet kini menjadi bahagian integral portfolio aktiviti ekonomi dalam semua industri." Jelas Mr. Huston. "Dengan pembinaan semula ekonomi-ekonomi tempatan, kita akan menyaksikan kembalinya tahap tekanan hebat untuk lebih maju di Internet, terutamanya dalam perkhidmatan bimbit dan kemunculan persekitaran Internet ada di mana-mana." Jelasnya lagi.

Dengan berkembangnya Internet untuk di tahun-tahun akan datang, IPv6 dijangka akan mengambil peranan terunggul. Mungkin di tahun 2010 buat pertama kalinya bakal menyaksikan bilangan alokasi IPv6 melangkaui jumlah bilangan alokasi alamat IPv4.

"Menggunakan IPv6 akan membolehkan Internet terus bertambah kepada berjuta-juta kali dari saiz terkininya sambil mengelak pertambahan paras kerumitan yang mampu menambah kos rangkaian penyelenggara." Ujar Mr. Huston kesekian kalinya.

Sumber laporan: APNIC