Wednesday, February 1, 2012

SOULMATE... FIKIRKAN YANG TERAKHIR

Pengajaran pertama yang anda perlu belajar, selepas berpisah dengan kekasih awal, jangan sesekali katakan dia yang terakhir. Pengajaran kedua ialah selepas itu jangan berharap mencari teman hidup mengikut kriteria yang sudah ditetapkan atau lebih kurang begitu. Ketiga jangan lupa melihat ke dalam mata insan yang anda rasa anda cintai—pastikan ia cinta atau kasihan. Keempat sentiasa bersiap sedia bahawa sehati sejiwa (SOULMATE) anda mungkin bukan yang anda jangkakan.

Jika hanya seorang di dunia ini yang boleh jadi SOULMATE anda, apakah peluang yang dia tinggal sama kawasan dengan anda, persis insan yang membesar bersama atau bercakap bahasa yang sama?

SOULMATE anda tidak semestinya tinggal di negara atau dalam hemisfera yang sama, juga tidak perlu mengelilingi dunia untuk cinta sejati, tetapi anda mesti sentiasa menerima orang lain dengan latar belakang yang berbeza.

Juga, jika anda berharap SOULMATE anda hadir dalam cinta pandang pertama, anda mungkin tidak akan temui apa yang anda cari kerana mungkin saat ia berlaku adalah saat anda menafikannya. Kerana dunia sekarang begitu realistik, jadi sentiasalah berfikiran terbuka. Sebahagian daripada nilai romantis memiliki seorang SOULMATE ialah perlu sentiasa senang dengan kejutan.

Bila minda anda sudah mengfantasikan keindahan serta keistimewaan SOULMATE impian, ciri² tersebut mudah untuk dilihat daripada sesiapa sahaja yang anda kenali. Malangnya, penilaian tidak realistik boleh memusnahkan perhubungan dan bisa membuatkan SOULMATE menjauhkan diri.

Siapa pun yang anda rasa adalah SOULMATE anda, hargai sifat individu dan kepercayaannya. Dia tidak perlu mengubah siapa dirinya untuk anda, seperti anda tidak perlu berubah untuknya. Itu tidak bermaksud anda tidak boleh mendorong dia untuk mencuba sesuatu yang baru atau membantu dia dewasa sebagai seorang insan. Cuma jangan paksa dia untuk perkara yang dia tidak selesa.

Daripada anda menunggu SOULMATE untuk muncul, persiapkan diri untuk insan yang anda ingin cari. Berusaha untuk menjadi individu unik yang anda harapkan. Seperti anda yang ingin melihat SOULMATE anda selesa menjadi dirinya, anda juga perlu berusaha menjadi diri sendiri. Anda berpeluang besar menjadi terserlah jika anda selesa, yakin dan bahagia menjadi diri sendiri. Meluahkan sifat individu anda adalah cara paling intim boleh anda lakukan untuk mengiklankan potensi SOULMATE anda. Bukan sahaja anda menyerlah, malah anda juga akan melakukan perkara² yang akan merapatkan lagi jurang pemisah di antara anda berdua yang mungkin juga ada minat dan matlamat yang sama.

Hidup tidak semestinya berfungsi mengikut seperti yang anda rancang. SOULMATE anda mungkin hadir ketika anda berusia 8 atau 80 tahun. Jangan terkejut jika terdapat juga perbezaan umur yang ketara diantara anda berdua. Ya, anda mungkin berharap menghabis seumur majoriti hidup anda dengan SOULMATE—mungkin beli rumah, berkahwin, bina keluarga—namun tidak semua yang dirancang boleh berlaku. SOULMATE anda akan mewarnai dunia anda tidak kira apa pun usia anda, jadi jangan terburu-buru atau anda mungkin berakhir dengan memaksa orang yang salah ke dalam kotak SOULMATE, yang mungkin menyebabkan penderitaan kepada sesiapa yang terlibat.

Berlawanan dengan apa yang media cuba yakinkan, temui SOULMATE tidak menjamin 'kebahagiaan berpanjangan'. Banyak perkara tidak akan jadi mudah dan kenyataannya ia mungkin bakal menjadi lebih sukar. Pokok pangkalnya, SOULMATE adalah seseorang dengan siapa anda ingin dewasa, dan satu-satunya cara untuk dewasa bersama ialah beriringan menghadapi cabaran.

Jadi jika anda meletakkan jiwa dan raga ke dalam sesuatu perhubungan, kekal dengannya dalam susah dan senang, walau bila anda mempersoalkan adakah ini takdir, anda mungkin akan berpaling sedekad kemudian dan menyedari anda memang sudah bersamanya sepanjang waktu itu. Cinta sejati bersama SOULMATE tidak dewasa dengan sendirinya; ia bercambah dan harus berterusan dipelihara. Oleh itu cintailah dan sanggup mencintai seperti esok tiada lagi.

Anda akan tahu dia adalah SOULMATE anda apabila saat² anda cuba melarikan diri daripadanya adalah saat² anda merasakan andalah segalanya. Namun bila saat dia tewas lalu merelakan pemergian anda untuk sekali sahaja, maka itulah saat anda merasakan kemenangan untuk bebas adalah kekalahan anda untuk minta terus dijerat lagi.

"... dan saya akui, tidak ingin bebas lagi."

Rujukan terjemahan:
http://www.wikihow.com/Find-Your-Soulmate

No comments:

Post a Comment