Wednesday, February 1, 2012

KOTA DENVER PUSAT PESTA SKI SALJI


DENVER (26hb. Januari 2010) — Para pengunjung ke Denver bulan ini mungkin akan terasa seperti sudah berada di pergunungan tanpa perlu memandu jauh apabila Mile High City menganjurkan 'World’s Largest Après Ski + Ride Party' pada 28hb. - 30hb. Januari 2010.

Lebih 60 bar, kelab dan restoren menjadi tuan rumah acara-acara yang bakal mengubahsuai kota Denver menjadi perkampungan ski terbesar dengan segala keseronokan meluncuri landai salji. Skyline Park di Denver pula menjadi lokasi siaran langsung TV Winter X-Games oleh ESPN terus dari Aspen, Colo., manakala para penduduk Denver dinasihatkan berpakaian mengikut konsep 'Wear Your Ski Gear to Work Day' pada 29hb. Januari 2010.

Acara ini direka khas bagi menyambut SnowSports Industries America (SIA) Snow Show, pameran dagangan sukan salji terbesar di dunia, di mana selepas 37 tahun berlangsung di Las Vegas ia kini berlangsung di Denver pada 28hb. - 31hb. Januari 2010 buat pertama kali untuk komitmen 11 tahun.

"Selama tiga hari, Denver akan hidup, makan dan bernafaskan sukan-sukan salji." Kata Richard Scharf, presiden & CEO VISIT DENVER, The Convention & Visitors Bureau (Biro Pelawat & Konvensyen). "Majoriti pusat peranginan ski Colorado telah ditempah sempena acara di kota Denver, dan akan berada di sana untuk mementaskan parti, mengedarkan tiket lif (Lift Ticket) dan hadiah."

Para pelawat boleh lepak dengan Aspen/Snowmass di Earl's Restaurant dan Paramount Cafe, seberang jalan dan melawat Steamboat di Hard Rock Café, mendengar muzik live dengan Telluride di Appaloosa Grill, naiki bas ulang-alik di 16th Street Mall ke parti dengan Winter Park di Wynkoop Brewing Company, atau menuruni jalan menyertai Vail & Beaver Creek di bumbung kafé Lodo's Bar & Grill. Selain tawaran-tawaran istimewa bar dan kelab bermula 28hb. - 30hb. Januari 2010, tidak ketinggalan penyertaan restoren-restoren terkemuka kota Denver yang menawarkan menu-menu istimewa bertemakan musim ski salji.

Sebagai tambahan, Ruby Hill Rail Yard, satu-satunya taman daerah luncur salji dan ski urban percuma, terletak betul-betul di luar pusat kota Denver. Rekaan Winter Park Resort dan Denver Parks & Recreation, laman rel membawa sukan pergunungan kepada belia di tengah bandar dan menawarkan lebih seekar daerah, enam rel dengan pelbagai sudut kesukaran dan pemakaian kelengkapan percuma Christy Sports.

Untuk maklumat lanjut dan senarai acara lengkap, sila layari http://www.denverapres.com/

'World’s Largest Après Ski + Ride Party' dibawakan oleh The Denver Post dan dianjurkan oleh VISIT DENVER, Biro Pelawat & Konvensyen, Colorado Ski Country U.S.A, Downtown Denver Partnership, dan City of Denver.

No comments:

Post a Comment